1- Sekiranya terdengar azan, maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah
walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.
2- Perbanyakkan tilawah al-Quran, selalu membuka kitab-kitab untuk menambah ilmu,
pergi ke majlis-majlis Ilmu, perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa
dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.
3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul (fushah) kerana
Bahasa Arab yang betul adalah lambang (syiar) Islam.
4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana
pertengkaran yang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.
5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung
dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.
6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang
itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki
oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang
sia-sia malah menyakiti hati orang.
8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan,
dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.
9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah
ialah berkenal-kenalan (At Ta'aruf) dan berkasih-sayang (Al Hubb).
10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita,
oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
No comments:
Post a Comment