Menu

Wednesday, 19 February 2014

Pemandu pemalas dan bangang suka double parking

Satu sikap tipikal pemandu di Malaysia, bukan Malaysia sahaja bahkan seluruh dunia, adalah sikap pemalas gila nak mampus berjalan ke tempat yang nak dituju lepas parking kereta. Contohnya bila pergi bank, kalau depan kaunter bank tu ada tempat parking, seboleh2nya diorang akan parking kat situ. Kalau dah ada orang parking, diorang akan parking kat belakang kereta tu, dan orang lain akan parking lagi di belakang kereta tu pula dan seterusnya.

Sumber gambar

Punyalah pemalas gila nak parking dekat tempat letak kereta yang disediakan kerana malas gila nak berjalan. Kalau kat Jepun tu, diorang berjalan beribu2 meter setiap hari pun takde masalah. Tapi sesetengah orang kita ni, nak berjalan dari kereta 10 20 langkah pun pemalas nak mampus. 


Dah la parking belakang kereta orang, nombor telefon tak ditinggalkan, handbrake tak turun, ada tu pulak handbrake turun tapi kereta automatik, gear tak turun kat N. Kalau tiba2 ada kereta yang ko block tu ada emergency, bini nak bersalin ke, anak terjatuh kat sekolah ke, pergi2 kat parking kereta kena block dengan kereta lain, dah tu no. telefon tak tinggal handbrake tak turun, tak pasal2 menyebabkan kelewatan dan kemarahan orang. Dan lagi teruk disebabkan tu berlaku malapetaka, kematian atau kejadian yang tak diingini, ko takkan ada rasa bersalah seumur hidup tak?


Jangan kata kat tempat awam, dekat parking pejabat pun selalu orang buat double parking. Aku kalau dah takde parking yang dekat atau parking berbumbung dah penuh, aku sanggup parking jauh yang tak berbumbung sebab tak nak menyusahkan orang lain. Yelah walau kau double park turun hand brake pun, tapi mana tau kereta yang ko block tu wanita mengandung ke atau seorang OKU ke, tak ke dah menyusahkan diorang nak kena tolak kereta ko. 


So jangan marah kalau kereta korang pecah, kemek atau rosak sebab blok kereta orang lain, korang sendiri yang carik pasal. Aku harap pihak berkuasa naikkan kadar saman bagi orang yang buat double park menyusahkan orang lain ni.

Kepada semua pemandu di luar sana, jadilah seorang yang rasional dan bertimbangrasa, jangan jadi pemandu yang bangang dan asshole. Orang lain pun bayar cukai jalan dan insurans kereta macam anda. Anda mampu sangat mengubahnya, sebab tu anda dibekalkan dengan otak dalam kepala.

No comments:

Post a Comment